ANTARANYA :
- Rabbaniyah
- Kekal
- Alamiyah dan Umumiyyah
- Balasan Duniawi dan Ukhrawi
- Syumul
- Keseimbangan Kebendaan dan Kerohanian
RABBANIYAH (SYARIAH DARI ALLAH)
bermaksud hukum dan peraturan Islam ini datang dari Allah
s.w.t. dan bukan dari ciptaan manusia.
Ia merupakan wahyu Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dengan lafaz dan maknanya iaitu al-Quran atau dengan makna tidak lafaz iaitu
al-sunnah .
Dapat membezakan antara perundangan duniawi dan perundangan
Islam . Hal ini kerana perundangan duniawi adalah bersumberkan manusia
sedangkan perundangan Islam bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.
Dengan menurut perundangan yang datang dari Allah, prinsip
syariah dan hukum-hakam yg digunakan bersih dari sebarang kezaliman , kelemah ,
dan menurut hawa nafsu kerana Allah s.w.t mempunyai kesempurnaan mutlaq.
KEKAL
Kekal membawa maksud syariat islam ini kekal sepanjang zaman tanpa
dinaskah dan tiada perubahan.
Dan Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir tiada nabi lain selain baginda.
Kesejagatan Syariat Islam , umum untuk seluruh manusia dan
tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti , sudah pasti gejala
peraturan dan hukum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang
zaman dan di semua tempat dan setiap masa.
Al-Quran yang merupakan
sumber utama perundangan Islam telah dijamin Allah SWT terpelihara sehingga
hari kiamat dan tidak dapat diselewengkan atau diubah walaupun satu
kalimah.
Sunnah nabawiyyah
pula merupakan sumber kedua syariah Islam. Ia merupakan penjelasan bagi al-quran
dan sebagai pelengkap bagi sistem Islam.
ALAMIYYAH DAN UMUMIYYAH
Syariah islamiah menjadi rahmat kepada seluruh alam,menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia , negara , bangsa , dan kabilah tertentu sahaja , bahkan untuk manusia dimana jua mereka berada.
Alamiyah atau kesejagatan syariah islam telah ditegaskan oleh allah s.w.t dalam firmannya yang bermaksud
" Katakanlah wahai Muhammad : Wahai sekalian manusia ! sesungguhnya aku adalah pesuruh allah kepada kamu semuanya" (Al-A'raf : 158)
BALASAN DUNIAWI DAN UKHRAWI
- Balasan duniawi - bersifat kanun jenayah dan ada yang
dikatakan kanun civil.
- Balasan ukhrawi - dikenakan ke atas setiap pelanggaran hukum syara' samada ia amalan hati mahupun
amalan anggota lahir. Balasan ukhrawi
menyebabkan seseorang muslim itu dengan sendirinya akan tunduk kepada hukum
syariat samada dalam keadaan tertutup mahupun terbuka , pada waktu keseorangan
mahupun di khalayak ramai, hanya semata-mata takut kepada Allah.
SYUMUL
Bermaksud menyeluruh atau mencakupi semua urusan hidup
Islam.
menggariskan panduan untuk manusia jalan iman , menerangkan
dasar-dasar akidah, menyusun hubungan manusia dengan Allah , memerintah bersihkan
jiwa dan mengatur hubungan manusia sesama manusia.
Terdapat 3 kelompok hukum-hukum Syariat dalam konsep
kesyumulan ini:
Hukum-hukum yang berkaitan dengan akidah seperti beriman
kepada Allah dan hari kiamat. Perbahasan hukum ini terdapat dalam ilmu
al-kalam atau tauhid.
Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib
bercakap benar, amanah . -Hukum- hukum ini dibincangkan dalam ilmu akhlak atau
tasauwuf .
Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan
manusia dalam hubungan dengan yang lain. -Hukum ini dibincangkan dalam ilmu
fiqh .
KESEIMBANGAN KEBENDAAN DAN KEROHANIAN
Ciri ini tidak menjauhkan daripada kerohanian tidak
memisahkan dunia dan akhirat. Tetapi ia memandang kehidupan itu sebagai satu
unit yang mutakammil(lengkap melengkapi) dalam melaksanakan hak-hak Allah atau
hak manusia itu sendiri ataupun hak orang lain.
Syariah Islam dengan sistem mutakkamil ini menganjurkan
manusia untuk mengimbangkan antara sesuatu keadaan tidak berat sebelah atau
meninggalkan satu tanggungjawab demi tanggungjawab yang lain.
Mendorong manusia kepada sifat keseimbangan antara kebendaan
dan kerohanian. Terutamanya dalam menunaikan hal Allah seperti solat di samping
kehidupan perniagaan.