Thursday, 25 February 2016

KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM


 ANTARANYA :
  • Rabbaniyah 
  • Kekal
  • Alamiyah dan Umumiyyah
  • Balasan Duniawi dan Ukhrawi
  • Syumul
  • Keseimbangan Kebendaan dan Kerohanian




RABBANIYAH (SYARIAH DARI ALLAH)


bermaksud hukum dan peraturan Islam ini datang dari Allah s.w.t. dan bukan dari ciptaan manusia.
Ia merupakan wahyu Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan lafaz dan maknanya iaitu al-Quran atau dengan makna tidak lafaz iaitu al-sunnah .
Dapat membezakan antara perundangan duniawi dan perundangan Islam . Hal ini kerana perundangan duniawi adalah bersumberkan manusia sedangkan perundangan Islam bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.

Dengan menurut perundangan yang datang dari Allah, prinsip syariah dan hukum-hakam yg digunakan bersih dari sebarang kezaliman , kelemah , dan menurut hawa nafsu kerana Allah s.w.t mempunyai kesempurnaan mutlaq.


KEKAL

Kekal membawa maksud syariat islam ini kekal sepanjang zaman tanpa dinaskah dan tiada perubahan. 
Dan Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir tiada nabi lain selain baginda.

Kesejagatan Syariat Islam , umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti , sudah pasti gejala peraturan dan hukum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan di semua tempat dan setiap masa.
  Al-Quran yang merupakan sumber utama perundangan Islam telah dijamin Allah SWT terpelihara sehingga hari kiamat dan tidak dapat diselewengkan atau diubah walaupun satu kalimah. 
 Sunnah nabawiyyah pula merupakan sumber kedua syariah Islam. Ia merupakan penjelasan bagi al-quran dan sebagai pelengkap bagi sistem Islam.

ALAMIYYAH DAN UMUMIYYAH


 Syariah islamiah menjadi rahmat kepada seluruh alam,menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia , negara , bangsa , dan kabilah tertentu sahaja , bahkan untuk manusia dimana jua mereka berada.
Alamiyah atau kesejagatan syariah islam telah ditegaskan oleh allah s.w.t dalam firmannya yang bermaksud 
" Katakanlah wahai Muhammad : Wahai sekalian manusia ! sesungguhnya aku adalah pesuruh allah kepada kamu semuanya"  (Al-A'raf : 158)

BALASAN DUNIAWI DAN UKHRAWI

  1. Balasan duniawi - bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun civil.
  2. Balasan  ukhrawi - dikenakan ke atas setiap pelanggaran hukum syara' samada ia amalan hati mahupun amalan anggota lahir. Balasan ukhrawi menyebabkan seseorang muslim itu dengan sendirinya akan tunduk kepada hukum syariat samada dalam keadaan tertutup mahupun terbuka , pada waktu keseorangan mahupun di khalayak ramai, hanya semata-mata takut kepada Allah.



SYUMUL

    Bermaksud menyeluruh atau mencakupi semua urusan hidup Islam.
menggariskan panduan untuk manusia jalan iman , menerangkan dasar-dasar akidah, menyusun hubungan manusia dengan Allah , memerintah bersihkan jiwa dan mengatur hubungan manusia sesama manusia.
    Terdapat 3 kelompok hukum-hukum Syariat dalam konsep kesyumulan ini:
Hukum-hukum yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah dan hari kiamat. Perbahasan hukum ini terdapat dalam ilmu al-kalam atau tauhid.
    Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah . -Hukum- hukum ini dibincangkan dalam ilmu akhlak atau tasauwuf .
Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan dengan yang lain. -Hukum ini dibincangkan dalam ilmu fiqh . 


KESEIMBANGAN KEBENDAAN DAN KEROHANIAN

   Ciri ini tidak menjauhkan daripada kerohanian tidak memisahkan dunia dan akhirat. Tetapi ia memandang kehidupan itu sebagai satu unit yang mutakammil(lengkap melengkapi) dalam melaksanakan hak-hak Allah atau hak manusia itu sendiri ataupun hak orang lain.
   Syariah Islam dengan sistem mutakkamil ini menganjurkan manusia untuk mengimbangkan antara sesuatu keadaan tidak berat sebelah atau meninggalkan satu tanggungjawab demi tanggungjawab yang lain.
   Mendorong manusia kepada sifat keseimbangan antara kebendaan dan kerohanian. Terutamanya dalam menunaikan hal Allah seperti solat di samping kehidupan perniagaan. 

No comments:

Post a Comment