- MENGETAHUI PRINSIP DAN TUJUAN SYARIAT ISLAM
Melalui kajian Perundangan Islam kita dapat megetahui
prinsip dan tujuan syariat Islam.
Untuk menjaga martabat seorang muslim dan sebagai pembeza
atau identiti seorang muslin dibandingkan dengan penganut agama yang lainnya.
Prinsip syariat Islam yang sentiasa mengutamakan unsur
keadilan dan kasih sayang merupakan bahagian yang tak dapat dipisahkan dalam
kehidupan dan manifestasi hukum Islam ,dan tentunya melalui pemahaman secara
mendalam terhadap tarikh tasri' akan menimbulkan sikap toleransi dan memandang
setiap orang dengan pandangan yang sama kerana memang yang paling mulia di sisi
Allah SWt hanyalah yang dianugrahkan ketaqwaan dan menjadi keunggulan dari umat
lainnya.
- PEMAHAMAN TERHADAP ISLAM YANG KOMPREHENSIF
Dapat mengetahui kesempurnaan dan syumuliah ajaran Islam
terhadap seluruh aspek kehidupan.
Penerapan syariat Islam bererti perhatian dan kepedulian
negara serta masyarakat terhadap pendidikan ilmu pengetahuan, ekonomi, akhlak,
akidah ,hubungan sosial, hukum dan aspek-aspek lain.
Islam bersifat holistik dan universal serta sesuai dengan
perkembangan dan keadaan zaman.
Imam Asy-Syahid Al-Banna menyatakan bahawa Islam adalah
doktirn ibadah , Islam adalah ekonomi,Islam adalah pedang dan jihad , Islam
adalah mmethod dan strategi politik serta Islam yang menjamin kehidupan
kesejahteraan masyarakat.
- SEBAGAI BENTUK PENGHARGAAN PARA ULAMA
Kita dapat menghargai usaha dan pendapat para ulama bermula
dari zaman sahabat hingga para Imam dan murid-murid mereka dalam mengisi
kazanah ilmu dan peradaban kaum muslimin.
Para ulama terdahulu mencurahkan kehidupan mereka untuk
perkembangan keilmuan islam tidak hanya sebatas ilmu yang bersifat qauliah akan
tetapi juga ilmu qauniah.
- MENUBUHKAN RASA BANGGA TERHADAP SYARIAH ISLAM
Rasa bangga itu muncul kerana memahami bahawa syariat Islam
adalah satu-satunya jalan yang akan menyelamatkan umat manusia dari jurang
kemurkaan Allah SWT serta menjadi ukuran baik dan buruk dalam setiap langkah
dan pergerakan umat Islam
Yang penting bagaimana kita memberikan pemahaman dan
mewariskan sikap kebanggaan kepada generasi selanjutkan.
- MENUMBUHKAN MOTIVASI DAN OPTIMIS UNTUK MENGEMBALIKAN KEJAYAAN ISLAM
Untuk memastikan syariat mampu ditegakkan di muka bumi
bukanlah impian semata-mata.
Menyalakan api semangat bahawa Islam mengalami kejayaan yang
gemilang ,masa keemasan yang menjadi pusat dan ukuran dalam membangunkan
peradaban dan kebudayaan.
No comments:
Post a Comment